Isnin, 22 Ogos 2011

a.s.p.i.r.a.s.i.

Tanggal Jun 2006
Pada tarikh yang tidak diingati
Kau datang seperti mimpi

Hadirmu umpama satu sinaran untukku
Hari-hariku terasa sangat berharga
Tanpamu kurasa buntu
Ooh..mengapa harus ini berlaku
Adakah ini dinamakan cinta??

Kucuba untuk menjagamu sebaik mungkin
Akan kupastikan kau sentiasa berceloteh ceria
Riang ria suaramu membuatkan aku bahagia
Tapi siapakah aku untuk menjamin semua itu

Tika kau sakit , demam
Akulah yang paling risau
Kerana aku tidak mampu untuk merawatmu
Akan kucari doktor pakar untukmu
Walau terpaksa meredah 1 kilometer

Dan apabila kulihat kau kembali ceria
Tidak akan kulepaskan kau walau seketika
Kerana tanpamu hidup ini seperti tiada makna
seperti malam tanpa cahaya

Kini,
Tidak kusangka,
Hubungan kita sudah empat tahun lamanya
Kau dan aku masih setia
walaupun ombak badai sering melanda
Itulah dugaan hubungan kita

Selagi aku mampu pertahankan
Jangan kau takut kan kehilangan
Kerana akanku pastikan
Hubungan ini hingga ke akhir
hujung hayatmu...

Terima kasih ACER ASPIRE..... 

>> terima kasih kepada emak n abah yang telah memberikan aset pertamaku (ke dua sebenarnya selepas telefonku yg telah kubeli dengan wang sendiri tapi malangnya tidak kekal lama di sisi setelah tertinggal di bus stop fakulti..).. kini, aset itu di kampung bersama kakakku.. kuharap semoga acer dapat hidup yg baru setelah  memorinya di lupuskan kesemuanya.. sekian<<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan