Info D = Disleksia (dyslexia)
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
>> Info yang baru saYeR ketahui pada hari ini menyebabkan saYeR terus melompat ke huruf ""D"".. hee... dan menunjukkan bahawa saYeR perlu lebih banyak membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam segala bidang.. cuba yer.. InsyaAllah.. Sebenarnya apa yang membuatkan saYeR tertarik untuk mengetahui tentang disleksia ini adalah kerana impak daripada menonton filem Hindustan di sekolah tadi (bukan mengular ye, tapi Movie untuk para pelajar~~) yang bertajuk Taare Zameen Par (dalam bahasa Inggeris Every Child Is Special) yang menceritakan tentang kehidupan seorang kanak-kanak disleksia.. Bagi saYeR cerita ini9 sangat BeSt.. 5 bintang kerana berjaya membuat saYeR dan juga penonton begitu touching~~ hee.. Nak tau silalah tengok sendiri ye.. ade Aamir Khan disitu..
rase mahu menonton lagi.. ^_^ <<
>> tengok muka Ishaan teringat someone.. haha.. @_@ <<

Tiada ulasan:
Catat Ulasan