"Cara mengikut Kamus Dewan bermaksud aturan @ sistem @ jalan untuk melakukan sesuatu.. Contohnya, "Cara-cara membuat kuih Cara" hah? Apakah? (nanti sambung okey) Untuk tahu selanjutnya tentang maksud cara (bagi yang tidak tahu) boleh rujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga muka surat 212.. ^_^
Tajuk Sebenar : Kuih Cara
>> Huhu.. Kalau tanya omputeh confirm mereka tidak tahu apa itu kuih cara.. Tapi kalau tanya orang Melayu, bagi sesiapa yang tidak tahu kena rajin-rajinkan diri pergi pasar atau kedai makcik-makcik jual kuih.. tanye mak cik tu.. hee..<<
Nyum Nyum.. sedapnya... ^_^
Kuih cara merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Kuih ini yang dibuat daripada tepung gandum yang digaul dengan tepung dan air daun pandan. Doh tersebut kemudiannya dicampurkan dengan santan dan dikacau agar tidak berketul. Kemudian ia dimasukkan kedalam acuan dan dimasak..
Haa!! Ini pun Kuih Cara juga.. tapi tambah lauk sedikit jadinya nama kuih ni Kuih Cara Berlauk..
Kuih cara berlauk merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dengan inti daging. Cara membuatnya mencerupai kuih cara tetapi terdapat tambahan inti atau lauk daging di atasnya..
>> Sebenarnya saYeR tidak berapa minat sangat pun kuih "cara" ni.. Sepanjang bulan puasa ni pun seingat saYeR tak pernah beli lagi kuih ini.. Papepun saYeR berangan-angan untuk belajar membuat kuih ini~~ Mana tahu akan datang boleh jadi usahawan kuih-muih.. ngeh3.. =P <<

jadi..bila mahu ber 'cara'?
BalasPadamnak bg expert kat pusing caramel dulu~~ huhu
BalasPadam