Rabu, 24 Ogos 2011

~T.A.N.Y.A.S.A.M.A.P.O.K.O.K~


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok..

>> m0oD: terngiang-ngiang lagu ini~~lala <<

""C""

Info C = cara
"Cara mengikut Kamus Dewan bermaksud aturan @ sistem @ jalan untuk melakukan sesuatu.. Contohnya, "Cara-cara membuat kuih Cara" hah? Apakah? (nanti sambung okey) Untuk tahu selanjutnya tentang maksud cara (bagi yang tidak tahu) boleh rujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga muka surat 212.. ^_^

Tajuk Sebenar : Kuih Cara

>> Huhu.. Kalau tanya omputeh confirm mereka tidak tahu apa itu kuih cara.. Tapi kalau tanya orang Melayu, bagi sesiapa yang tidak tahu kena rajin-rajinkan diri pergi pasar atau kedai makcik-makcik jual kuih.. tanye mak cik tu.. hee..<<

Nyum Nyum.. sedapnya... ^_^

Kuih cara merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Kuih ini yang dibuat daripada tepung gandum yang digaul dengan tepung dan air daun pandan. Doh tersebut kemudiannya dicampurkan dengan santan dan dikacau agar tidak berketul. Kemudian ia dimasukkan kedalam acuan dan dimasak.. 

Haa!! Ini pun Kuih Cara juga.. tapi tambah lauk sedikit jadinya nama kuih ni Kuih Cara Berlauk..



Kuih cara berlauk merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dengan inti daging. Cara membuatnya mencerupai kuih cara tetapi terdapat tambahan inti atau lauk daging di atasnya..

>> Sebenarnya saYeR tidak berapa minat sangat pun kuih "cara" ni..  Sepanjang bulan puasa ni pun seingat saYeR tak pernah beli lagi kuih ini.. Papepun saYeR berangan-angan untuk belajar membuat kuih ini~~ Mana tahu akan datang boleh jadi usahawan kuih-muih.. ngeh3.. =P <<


Selasa, 23 Ogos 2011

~~D~~

Info D = Disleksia (dyslexia)
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Nak tahu lebih lanjut boleh klik sini tau >> dyslexia


>> Info yang baru saYeR ketahui pada hari ini menyebabkan saYeR terus melompat ke huruf ""D"".. hee... dan menunjukkan bahawa saYeR perlu lebih banyak membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam segala bidang.. cuba yer.. InsyaAllah.. Sebenarnya apa yang membuatkan saYeR tertarik untuk mengetahui tentang disleksia ini adalah kerana impak daripada menonton filem Hindustan di sekolah tadi (bukan mengular ye, tapi Movie untuk para pelajar~~) yang bertajuk Taare Zameen Par (dalam bahasa Inggeris Every Child Is Special) yang menceritakan tentang kehidupan seorang kanak-kanak disleksia.. Bagi saYeR cerita ini9 sangat BeSt.. 5 bintang kerana berjaya membuat saYeR dan juga penonton begitu touching~~ hee.. Nak tau silalah tengok sendiri ye.. ade Aamir Khan disitu..


rase mahu menonton lagi.. ^_^ <<

>> tengok muka Ishaan teringat someone.. haha.. @_@ <<

Isnin, 22 Ogos 2011

~~B~~

Info B = Bombastik 
Perkataan bombastik bermaksud banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas.

Bombastik? Bom? Bomba? Bas? Stik? Apakah? Bagi sesiapa yang tidak memahami perkataan bombastik itu saYeR pasti dengan sendirinya mereka boleh membuat andaian dan faham-faham sendiri.. Ala-ala macam meletup, glamour dan apa-apalah yang sepupu-sepapat dengannya. Yer tak? hee.. Tiba-tiba terfikir..ermm..Siapa tahu dari mana asalnya nama BOMBA? Mungkinkah dengan kata panjangnya sebenarnya "bom bakar" confirm-confirm tak sedap didengar dan semestinya di reject oleh orang Pejabat Pendaftaran Negara . Jadi mereka pun fikir siang malam, tambah tolak bahagi darab punca kuasa dapatlah nama Bomba. Sebab itulah bomba ni berkait rapat dengan api.. huu.. Thinking2 kan lah yer... =)


Tajuk sebenar : RiNdU.... 

" Rindu itu adalah,
  Anugerah dari Allah,
  Insan yang berhati nurani,
  Punyai rasa rindu..."
>tiba-tiba rasa nak bergumbira pula.. =p <

Hari ini 22 Ogos bersamaan 22 Ramadhan 1432.. Wah.. sungguh pantas masa berlalu.. Tau-tau dah nak raya dah.. Tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman yang tercinta... berjumpa dengan emak n abah dan keluarga~~

Gambar Raya 2010 @ mereka-mereka yang saYeR rindui.. 

 @}--- EmaK & AbaH saYeR ---{@
~Pn. Saniam binti Sayuti & En. Kamsan bin Abas~

Pn. Halidah @ K.Idah @ K.LonG saYeR & FaMily
dr kiri : UdiN, b.SamsoL, k.IdaH, DiDi

En.Halim @ b.Alim @ b.NgaH saYeR & FaMily
dr kiri : K.Ina, SyiKin, B.AliM. BatRisyia, AfiQ

 En. Lakmanul Hakim @ b.AkiM @ b.Uder saYeR & FamilY
dr kiri : K.Ina, HafiZ, HaziQ,(dah mcm upin n ipin, saYeR pun confius) HaziQ, HaFiz , b.AkiM

Pn. Harriyani @ k.Anie @ anak ke 4? & FamiLy
dr kiri : IzzatI, K.AniE, DanisH, B.DiN, IzzaT

Ni adik-beradik saYeR---{@
dr kiri ; B.AliM, K.IdaH, K.Anie, saYeR, En. Haizan @anak ke 5@B.iJaN, b.AkiM


KaT atas ni semua anak-anak buaH saYeR, yg atas baJu meRah ni.. Humairah (anak uDeR =P)

n LasT buT noT leaSt...
saYeR juga riNdukan DiA.. ngee~~

 NaMa?... =)



رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)



>> dah makin bertambah anak-anak buah saYeR (dengan kata lain bermaksud makin bertambah jugalah budget untuk duit raya.. ngeh3).. Alhamdulillah.. semoga kebahagiaan ini akan sentiasa kekal dan dirahmati.. saYeR sangat menyayangi mereka.. <3<3<3..<<

p/s: doakan "KaMi" dipermudahkan segalanya.. amiin.. =)

a.s.p.i.r.a.s.i.

Tanggal Jun 2006
Pada tarikh yang tidak diingati
Kau datang seperti mimpi

Hadirmu umpama satu sinaran untukku
Hari-hariku terasa sangat berharga
Tanpamu kurasa buntu
Ooh..mengapa harus ini berlaku
Adakah ini dinamakan cinta??

Kucuba untuk menjagamu sebaik mungkin
Akan kupastikan kau sentiasa berceloteh ceria
Riang ria suaramu membuatkan aku bahagia
Tapi siapakah aku untuk menjamin semua itu

Tika kau sakit , demam
Akulah yang paling risau
Kerana aku tidak mampu untuk merawatmu
Akan kucari doktor pakar untukmu
Walau terpaksa meredah 1 kilometer

Dan apabila kulihat kau kembali ceria
Tidak akan kulepaskan kau walau seketika
Kerana tanpamu hidup ini seperti tiada makna
seperti malam tanpa cahaya

Kini,
Tidak kusangka,
Hubungan kita sudah empat tahun lamanya
Kau dan aku masih setia
walaupun ombak badai sering melanda
Itulah dugaan hubungan kita

Selagi aku mampu pertahankan
Jangan kau takut kan kehilangan
Kerana akanku pastikan
Hubungan ini hingga ke akhir
hujung hayatmu...

Terima kasih ACER ASPIRE..... 

>> terima kasih kepada emak n abah yang telah memberikan aset pertamaku (ke dua sebenarnya selepas telefonku yg telah kubeli dengan wang sendiri tapi malangnya tidak kekal lama di sisi setelah tertinggal di bus stop fakulti..).. kini, aset itu di kampung bersama kakakku.. kuharap semoga acer dapat hidup yg baru setelah  memorinya di lupuskan kesemuanya.. sekian<<

~~m.a.k.e.m.e.s.t.r.o.n.g~~






I know I'm waiting 
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free 

I wish that somehow 
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be ok

But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way 
My Lord show me right from wrong 
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery

I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you'll forgive me
But we'll never know cause
That's not the way it works 
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong 
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long 
Make me strong

by: Sami Yusuf
kredit to: iloveislam

Ahad, 21 Ogos 2011

""A""

Inf0 A = AnToloGi
 BerMaksud: kumpulan cerita (karangan, puisi dsb).
 Bersinonim dengan koleksi,kumpulan,himpunan,rampaian.

Sebut tentang Antologi ni mengingatkan saYeR dengan subjek Bahasa Melayu yg saYeR belajar masa kat sekolah dulu.. (padahal sekarang pun setiap minggu kena ajar antologi ni.. almaklumlah.. saYeR ni cikgu bahasa yang tidak bertaulaiah bertauliah...hee) samb.. sebenarnya teringat cikgu yang mengajar saYeR subjek Bahasa Melayu ni masa tingkatan 5 ~~ apalah khabar beliau sekarang ye agaknya? hurm.. banyak sangat cerita-ceriti dengan beliau ni.. Semoga beliau sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu.. =)

Tajuk Sebenar : Ramadhan 1432

Alhamdulillah.. hari ini masuk malam ke-22 Ramadhan.. sekejap je masa berlau. tapi sayangnya saYeR belum dapat rasa lagi kemanisan Ramadhan itu sendiri.. hurmm.. sangat rugi.. Hati ini masih lagi goyah dan bergoyang seperti ditiup angin yang tiada hentinya. Kenapa? tanya hati jawablah sendiri ye saYeR.. =)

" Rumah ini sunyi kerana kawan-kawan pergi ke Masjid Wilayah untuk beribadat.. seronok katanya.. tapi saYeR tak dapat ikut disebabkan hal yang tak dapat dielakkan.. kesian saYeR.. =(..  Persediaan untuk raya pun belum sepenuhnya (ceh, macam dah berkeluarga pula. hehe).  tadi pagi pergi ke Jalan Masjid India. Alhamdulillah.. tidaklah sesak seperti semalam.. < semalam pergi cari penat je sebenarnya sebabnya kesesakan yang keterlaluan.. semua orang berasak-asak semata-mata untuk membuat persediaan raya.. dan membuatkan saYeR terfikir.. ""kalau tempat macam ni boleh sebegini sesak.. mengapa di masjid-masjid semakin lama semakin lengang??"" hai.. dunia-dunia> samb.. maka dapatlah saYeR beli sarung kusyen untuk rumah emak dan abah saYeR.. =). tapi.. baju raya saYeR belum dapat lagi.. kalau dah tak ada sangat pakailah apa yang ada je ye.."

>> baju warna apa yang best untuk saYeR?? krim atau peach?? ngee.. <<